99 nama allah

Isu PPsmi - DWI BAHASA JIWA TERBAKAR

5/05/2009 04:11:00 PTG / /


Alahai apalah nak jadi dengan bahasa bangsa kita. Sekarang pun dah tak nampak lagi "Bahasa Jiwa Bangsa". Yang nampak "dwi Bahasa Jiwa terbakar". Isu terbaru kesemua sasterawan negara menolak PPSMI sehingga ada yang sanggup dibuang gelaran sasterawan Negara semata-mata mahu memperjuangkan martabat bahasa Melayu. Antara alasan-alasan dan sebab penolakan PPssmi ialah:

-Kebanyakan pemenang Anugerah Nobel tidak datang dari negara pengguna bahasa Inggeris tetapi negara-negara seperti Perancis, Jerman, Jepun, Sepanyol Switzerland, India dan Bangladesh.

-Kegagalan mengembalikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu semua bidang menyebabkan pemimpin hari ini dirakam dalam sejarah sebagai "pemusnah bahasa Melayu yang telah lama menjadi lingua franca".

-Penggunaan bahasa Inggeris untuk bidang terpilih dengan sendirinya menciptakan dua jenis kewarganegaraan.

-Pertama, warganegara yang menguasai bahasa Inggeris dan sains teknologi dan kedua, warganegara yang berbahasa Melayu dan menguasai sastera dan sains sosial - bidang yang dianggap tidak penting dan lebih rendah darjatnya.

Alahai nampaknya kita masih lagi menarik ekor sang barat untuk terus berjalan ke hadapan. Tengok beberapa contoh negara membangun yang masih kuat menarik ekor sang barat seperti Filipina dan beberapa negara di benua Afrika/Amerika yang menggunakan bahasa inggeris/asing sebagai bahasa penghantar. Tengoklah kemajuan pembangunan mereka menggunakan bahasa asing. Hasilnya? Bandingkan dengan malaysia yang menggunakan bahasa ibunda dalam meniti kemajuan semenjak merdeka. Adakah kita akan terikut-ikut dengan perkembangan seperti negara-negara tersebut pada masa sekarang atau akan datang?

Kita tidak salah kalau belajar bahasa asing malahan digalakkan, tetapi apa yang berlaku sekarang kita boleh lihat dengan jelas. Bahasa ialah dasar kepada kebudayaan. Menggunakan bahasa inggeris maka budaya yang akan tercipta ialah budaya yang dipancarkan oleh bahasa itu sendiri. Mungkin dengan sedikit salutan budaya tempatan yang berbagai-bagai.

Sekarang pun sudah jelas pengaruh budaya asing dalam kehidupan seharian kita. Tengok saja drama-drama tv melayu yang memaparkan cerita-cerita orang korporat atau tinggi tarafnya. Mereka tentu sahaja menggunakan bahasa rojak (gabungan bhs melayu-Inggeris). Sebab pemikiran kita sudah dipengaruhi bahawa bhs Inggeris merupkan bhs yang tinggi tarafnya di dunia. Kalau kita bbhsa Inggeris walaupun mencampur adukkannya sedikit akan di anggap org "standard". Padahal sewaktu zaman kegemilangan Melaka dahulu kita maju dengan hanya menggunakan Bahasa Melayu. Malahan orang barat pun belajar bercakap bahasa Melayu ketika itu untuk berdagang di Melaka yang dianggap tersohor. Itu bererti bangsa yang membawa bahasanya mendahului kemajuan barulah maju bahasa maju bangsa maju negara!

INGAT - ILMU TIDAK MENGENAL BAHASA!!! MENGAPA KITA HARUS MENGORBANKAN BAHASA SENDIRI?

0 comments:

Catat Ulasan